Friday, June 5, 2009

Punca Stadium Sultan Mizan Runtuh Di kenalpasti!!!





GONG BADAK; Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh berpunca daripada Tarikan Graviti, demikian menurut laporan hasil siasatan Suruhanjaya diRaja Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan yang dikeluarkan pagi ini.
Perdana Menteri menyambut baik laporan siasatan tersebut sambil melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan melampau pakatan pembangkang yang cuba mencari populariti di sebalik kejadian malang itu.

“Saya berharap tiada lagi perbuatan menuding jari terhadap mana-mana badan kerajaan kerana sudah terbukti yang bersalah adalah tarikan graviti. Saya sudah mengarahkan semua agensi yang terbabit agar memantau daya graviti demi kesejahteraan dan keamanan negara.”

Sementara itu rakyat malaysia turut menyambut baik hasil siasatan Suruhanjaya diRaja itu. Bekas pemandu teksi, Ahmad Borhan Endut berkata, “Sudah lama saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan daya tarikan graviti di negara ini.”

“Baru minggu lepas teksi milik saya yang ditinggalkan di tepi jalan musnah apabila bergerak dengan sendirinya lalu terjatuh ke dalam gaung”, keluhnya dengan nada kecewa.

Beliau menggesa kerajaan agar terus menyiasat kejadian ini ke akar umbi memandangkan graviti mungkin telah dipengaruhi hasutan pembangkang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat jelata.

Peniaga runcit, Kasman Jantan pula berkata, “Telur yang jatuh dan pecah itu pun salah kerajaan juga kah?” dengan penuh sinis.

“Kita sebagai rakyat jelata sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara. Hargailah kesenangan yang kita miliki ini. Jika negara huru-hara, nak beli telur pun susah”, tambahnya lagi.

P/s:Artikel hanyalah prank semata-mata.

GONG BADAK; Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh berpunca daripada Tarikan Graviti, demikian menurut laporan hasil siasatan Suruhanjaya diRaja Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan yang dikeluarkan pagi ini.

No comments:

You Might Also Like:

Related Posts with Thumbnails