Friday, July 10, 2009

Sambungan: Cara Ke-4 Untuk Menghilangkan Stress

Kembali ke episod seterusnya, nampaknya pada kali ini pembaca amat sekali berminat untuk mengetahui cara-cara tambahan untuk menghilangkan stress ye? Setelah merujuk kembali kepada Dr S semalam, pada semester lepas beliau telah menjalankan satu ujikaji untuk mengkaji keberkesanan kaedah ini. Ikuti perkembangan beliau:-
 
Responden: 20 Student UiTM
 
Matlamat: Mengkaji keberkesanan cara keempat
 
Caranya: Kentut
 
Cara berfungsi: Kita anggap stress seperti sebuah belon (kepala) yang diisi dengan gas hingga terlampau banyak (stress tersebut) dan belon tersebut nak pecah. Kalau belon itu pecah, semua angin akan keluar, diibaratkan seperti kepala yang pecah, gila la orang tu. Jadi disini, caranya adalah, mengeluarkan sedikit demi sedikit angin (stress) tersebut dengan cara membuka laluan ye. Satu laluan untuk belon adalah dibahagian bawah, dan jika belon digantikan dengan orang, maka pada bahagian buttock ye.
 
Proses: Pastikan anda berada dalam keadaan yang memuaskan dan tidak menganggu ketenteraman awam (contohnya tandas). Keluarkan secara perlahan-lahan, hayati perkembangan nya secara perlahan-lahan tanpa menganggu konsentrasi anda. Bawa diri anda ke awangan dan sedut udara secara perlahan-lahan untuk lebih menikmatinya.
 
Keberkesanan: Setakat ini, tiada sebarang bukti saintifik dapat membuktikan ianya sangat berkesan. Walaubagaimanapun, responden memberikan bau yang kurang memuaskan kepada pihak kami.
 
Sekian laporan daripada kami.
***Psst...Gurauan Semata-Mata***

No comments:

You Might Also Like:

Related Posts with Thumbnails